Thursday 28 March 2013

KIJANG DAN KITA


Post Pertama Untuk Tahun Ini



Assalamulaikum dan selamat sejahtera,

Copy paste je..sama2 cari iktibar.. :D



Diriwayatkan oleh Abu Nai'm dalam kitabnya 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya,lalu Allah menjadikan kijang itu boleh bercakap dengan Baginda, " Hai Pesuruh Allah,sesungguhnya aku ada beberapa ekor anak yang masih menyusu,dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka masih kelaparan,oleh itu,harapla perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan mereka dan sesudah itu aku akan kembali ke sini."

Lalu bersabda Rasulullah s.a.w ,"Bagaimana kalau engkau tidak balik ke sini semula? " Jawab kijang itu,"kalau aku tidak balik ke sini semula,Allah akan melaknat aku sebagaimana Dia akan melaknat orang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama kau disisinya."

Lalu Rasullaullah s.a.w pun bersabda kepada pemuda tersebut supaya melepakan kijang itu,dan baginda s.a.w sendiri yang akan menjadi penjaminnya.

Kijang itu dilepaskan dan kemudian dia kembali ke tempat tersebut,Maka turunlaa malaikat Jibril a.s dan berkata ," Hai Muhammad,Allah Taala mengucapkan salam kepada kau dan Allah berfirman ,"Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu,sesungguhnya Aku lg kasihkan  umat Muhammad drpd kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku  akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."


Ape yang kita dapat dr cerita ni...

- Seharusnya kita bersyukur sebanyaknya pada Allah kerana sudah memilih kita   kerana sesungguhnya  Allah sgt sayangkan umat Muhammad s.a.w.

- Banyakkan laa selawat kepada Rasulullah s.a.w

- Kijang pun tahu betape pentingnya patuh pada janji dan bahayanya azab drpd Allah akibat langgar janji..

- Kijang pun tahu betape pentingnya mentaati Rasulullah.

-Binatang pun sgt menyanyangi anaknya sendiri..



Persoalan die,adakah kita pernah bersyukur selama ni kerana kita ditakdirkan menjadi umat Muhammad s.a.w?,Adakah kita selalu pegang pada janji kita?Adakah kita taat pada semua perintah Allah dan Rasul?Kenapa skrg kes buang bayi sgt2 popular?padahal manusia ni ,
Allah selalu ingatkan kita melalui Al quran,hadis, emm,tambah pula akal fikiran,.

cume diri sendiri je yang ada jawapan kan?

sekian..